Monday 13 June 2011

Tenak puyuh tambah pendapatan

TERNAKAN burung puyuh mungkin tidak sebesar industri ternakan ayam yang merupakan sumber makanan utama di negara ini. Namun ternakan puyuh juga makin berkembang dengan permintaan terhadap puyuh beku dan segar semakin meningkat.
Ternak puyuh mampu beri pendapatan lumayan.
Malah, telurnya pula sering mendapat permintaan tinggi di kalangan pengguna dan pengusaha restoran.
Namun, pengeluaran daging puyuh secara besar-besaran di negara ini didapati masih terhad berbanding ternakan lain meskipun sambutannya begitu menggalakkan.
Melihat pasaran pengeluaran daging puyuh semakin berkembang, banyak pihak mula mengambil inisiatif untuk mengusahakan ternakan puyuh di seluruh negara.
Ia berbaloi  untuk diusahakan kerana puyuh tidak begitu sukar untuk dikendalikan. Tumpuan terhadap 5,500 burung puyuh yang diternak misalnya adalah dalam tempoh dua minggu pertama dari aspek suhu badannya.
Selepas itu, penjagaan ternakan itu agak ringkas iaitu hanya perlu menjaga pemakanan dan minumannya. Selain itu  menternak puyuh pusingan jualannya cepat dan penternak dijangkakan mampu mendapat keuntungan kira-kira RM2,000 daripada jumlah itu 5,500 ekor puyuh yang diternak dalam sebulan.

No comments:

Post a Comment