Sunday 19 June 2011

Pembiayaan dari Bank Pertanian

Program Pembiayaan Bank Pertanian yang boleh dipohon jika ingin memajukan dan membesarkan sektor ternakan termasuk puyuh ia melalui:

1. Tabung  Untuk Makanan
Pembiayaan adalah bertujuan menggalakkan pelaburan dalam bidang pengeluaran makanan iaitu penanaman, penternakan dan perikanan. Pembiayaan juga merangkumi pengeluaran makanan yang diproses dan pengedarannya.
Peruntukan Tabung adalah RM300 juta dan kemudahan pinjaman ini boleh diperolehi daripada Bank Pertanian Malaysia sahaja.
Skop Pembiayaan:
1. Ternakan
* Lembu, kambing, kerbau, ayam telur, ayam daging, itik, puyuh, burung unta, biri-biri, rusa dan arnab.
* Tanaman (Padi, sayuran, buahan dan tanaman perasa)
*Sayuran, pisang, jambu, tembikai, betik, mangga, tebu, kopi, koko dan belimbing, padi dan teh. 
*Tanaman makanan ternakan seperti jagung, ubi kayu dan keledek.
*Tanaman perasa adalah seperti serai wangi, daun kesum, pandan dan lain-lain.

2.Perikanan
Ternakan puyuh boleh dapat pembiayaan BPM
* Penangkapan ikan pesisiran pantai.
* Ternakan ikan dalam sangkar, ternakan ikan air tawar/payau, ternakan udang harimau/galah, ketam, tiram dan kerang.

Perkara Yang layak dibiayai:
* Semua jenis kos termasuklah tanah dan modal kerja (contoh: benih, baja dan racun)
* Kos tanah yang boleh dibiayai tidak melebihi 30% daripada kos projek.
Bagi projek yang berorientasikan eksport, sekurang-kurang 50% daripada jumlah pengeluaran adalah untuk pasaran tempatan.

Had Pinjaman
*90 peratus daripada kos projek.
* Pinjaman minimum adalah RM10,000 dan maksimum RM5 juta.

Kelayakan Pemohon
* Warganegara Malaysia
 * Syarikat Malaysia dengan pegangan milik Malaysia tidak kurang daripada 51%.
Kadar Faedah
Kadar faedah adalah 3.75% setahun.

Tempoh Pinjaman
Tempoh pinjaman adalah lapan tahun.


2. Skim Pembiayaan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (Skim MPPB)
  Pinjaman ini disediakan bagi menggalakkan pembentukan usahawan bumiputera dalam sektor pertanian, terutamanya pengeluaran makanan, pemprosesan dan pemasaran produk pertanian kecuali getah, kelapa sawit, tembakau, koko, lada hitam dan perhutanan.
Dalam Rancangan Malaysia Kelapan Bank Pertanian telah diperuntukkan sebanyak RM33 juta bagi membiayai Skim Pembiayaan MPPB.

Skop Pembiayaan
a. Tanaman
* Florikuktur (bunga keratan, orkid), tanaman herba dan rempah-ratus, tanaman landskap, sayuran, buah-buahan, pengeluaran bahan tanaman dan benih.

b. Ternakan
Spesis unggas (puyuh), ayam, itik, lembu pedaging secara integrasi dan fidlot, lembu tenusu, kambing dan biri-biri.

c. Perikanan
*Laut dalam dan akuakultur

d.Industri Pembuatan dan Pemprosesan
Pemprosesan makanan atau berasaskan pertanian, pemprosesan makanan ternakan, ubat-ubatan (ternakan, perikanan, pertanian)

Projek Yang Layak Dibiayai
Pinjaman boleh membiayai kos projek yang termasuk tanah, kos pembangunan dan modal kerja (contoh: benih, baja dan racun).
Kos tanah yang boleh dibiayai tidak harus melebihi 25 peratus  daripada kos projek.

*Had Pinjaman
Tidak melebihi 90% daripada kos projek.
Pinjaman minimum adalah RM10,000 dan maksimum RM3 juta. 

Kelayakan
Syarikat sendirian berhad dengan modal berbayar melebihi RM100,000
Bagi institusi peladang dan nelayan hendaklah mempunyai ekuiti melebihi RM100,000.
Keutamaan adalah kepada usahawan yang sedang memajukan perniagaan mereka.

Kadar Faedah
4 peratus setahun

Tempoh Pinjaman
Tidak melebihi 10 tahun

Tempoh Penangguhan
Boleh diberikan mengikut jenis projek

Maklumat lanjut layari laman web www.bpm.com.my

Monday 13 June 2011

Tenak puyuh tambah pendapatan

TERNAKAN burung puyuh mungkin tidak sebesar industri ternakan ayam yang merupakan sumber makanan utama di negara ini. Namun ternakan puyuh juga makin berkembang dengan permintaan terhadap puyuh beku dan segar semakin meningkat.
Ternak puyuh mampu beri pendapatan lumayan.
Malah, telurnya pula sering mendapat permintaan tinggi di kalangan pengguna dan pengusaha restoran.
Namun, pengeluaran daging puyuh secara besar-besaran di negara ini didapati masih terhad berbanding ternakan lain meskipun sambutannya begitu menggalakkan.
Melihat pasaran pengeluaran daging puyuh semakin berkembang, banyak pihak mula mengambil inisiatif untuk mengusahakan ternakan puyuh di seluruh negara.
Ia berbaloi  untuk diusahakan kerana puyuh tidak begitu sukar untuk dikendalikan. Tumpuan terhadap 5,500 burung puyuh yang diternak misalnya adalah dalam tempoh dua minggu pertama dari aspek suhu badannya.
Selepas itu, penjagaan ternakan itu agak ringkas iaitu hanya perlu menjaga pemakanan dan minumannya. Selain itu  menternak puyuh pusingan jualannya cepat dan penternak dijangkakan mampu mendapat keuntungan kira-kira RM2,000 daripada jumlah itu 5,500 ekor puyuh yang diternak dalam sebulan.

Wednesday 8 June 2011

Dapatkan daging puyuh berkualiti dari kami


Produk puyuh berkualiti Tekun Jaya Agro

Pegurusan puyuh yang sempurna

Puyuh diberi makanan dari jenis Quail Starter Mash
Japanese quail atau Coturnix japonica adalah nama saintifik bagi puyuh pedaging. Ia tergolong dalam famili Phasianidae. Pemeliharaan puyuh pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar. Ini adalah kerana saiz puyuh jauh lebih kecil daripada unggas lain seperti ayam.
Pemilihan tapak kawasan penternakan sebaiknya hendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang-ladang unggas yang lain.
Kawasan hendaklah bebas dari banjir dengan mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya.
Tanah berbukit tiada halangan kecuali perlu diratakan bagi setiap kawasan reban yang perlu didirikan.  Peredaran udara yang baik juga perlu diambil kira dalam pemilihan kawasan.
Keperluan reban tertakluk kepada kumpulan ternakan atau kekerapan pengeluaran puyuh pedaging.
Bagi pengusaha yang hendak mengeluarkan puyuh pedaging seminggu sekali keperluan bangsal hendaklah sekurangnya lapan unit.
Ini berdasarkan sistem penternakan sekali gus masuk sekali gus keluar bagi setiap bangsal.
Begitu juga bagi keperluan kawasan. Saiz reban untuk memuatkan 10,000 ekor puyuh adalah 10 meter lebar x 21 meter panjang dan 3.6 meter tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan seekor sebanyak 210 sentimeter persegi.
Berikan jarak sekurangnya 15 meter antara dua reban.  Kawasan penternakan perlu dipagar untuk mengelakkan gangguan dari ternakan atau binatang lain.

Persiapan penerimaan
anak puyuh


Sekeliling bangsal perlu ditutup dengan 'polyethelene bagi mengelakkan kemasukan angin sejuk dari luar.
Hanya tiga perempat ketinggian tepi bangsal yang perlu ditutup. Serbuk kayu atau bahan setaraf yang boleh menyerap air dan selamat digunakan setebal lapan sentimeter hendaklah dialaskan di atas lantai.
Kebanyakan peralatan ternakan puyuh adalah sama dengan peralatan ternakan ayam.
Bulatan untuk perindukan 1,000 ekor anak puyuh dan peralatan perindukan hendaklah disediakan sebelum ketibaan anak puyuh.
Bagi sistem menggunakan kotak khas, sekeliling bangsal juga perlu ditutup. Gunakan kertas daripada  jenis  corrugated sebagai alas lantai dalam kotak.
Tempatkan lebih kurang 100 ekor anak puyuh untuk perindukan bagi setiap petak. Sediakan air dan makanan sebelum kemasukan anak puyuh.

Sistem Pengurusan

Sistem pemeliharaan  atas lantai sampah sarap sekali gus masuk sekali gus keluar adalah disyorkan. Dengan sistem ini satu peringkat umur puyuh berada dalam satu bangsal.
Dengan sistem ini pengurusan adalah lebih sempurna dengan kawalan penyakit yang baik.
Sistem pemeliharaan menggunakan kotak kayu khas biasa digunakan oleh penternak tempatan.
Anak puyuh diinduk di dalam kotak perindukan kemudiannya dipindahkan ke kotak pembesaran yang biasanya bertingkat.

Peringkat perindukan

Pengurusan perindukan amatlah penting kerana kegagalan memenuhi kehendak anak puyuh mengakibatkan peratus kematian yang tinggi dan kadar pembesaran yang terencat.
Perindukan adalah pemeliharaan anak puyuh dengan menjaga keperluan suhu dan peredaran serta pengudaraan yang sempurna selama antara 10 dan 14 hari.
Luas kawasan perindukan bagi 1,000 ekor anak puyuh  adalah 30 sentimeter persegi/ekor.
Keperluan suhu yang sesuai adalah antara 35 dan 36darjah Celsius  pada tiga hari pertama. Selepas itu suhu dalam bilik boleh dikurangkan mengikut keadaan hari.
Pemberian haba tamat pada hari ke-10. Suhu yang rendah mengakibatkan kematian puyuh ia akan berhimpit dan bertindih. Suhu yang terlalu tinggi akan menyebabkan kematian kerana tekanan kepanasan.
Anak-anak puyuh yang mati mesti dikeluarkan setiap hari dan dibuang. Pemberian antibiotik boleh diberikan mengikut situasi.
Dalam sistem pemeliharaan dalam kotak kayu khas, anak puyuh diindukkan di dalamnya selama antara 10 dan  14 hari. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis corrugated paper.
Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya.
Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut.
Setiap petak berukuran satu meter persegi boleh memuatkan sehingga 80 ekor anak puyuh.
Reban hendaklah ditutup semasa perindukan dengan polyethelene sheets. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas.

Peringkat pembesaran

Dalam sistem pemeliharaan atas lantai sarap, kepungan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya dalam satu bangsal sehingga dijual.
Selepas perindukan bekas minuman automatik digunakan untuk menampung 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu.
Makanan perlu diberikan sepanjang masa  tanpa had untuk pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakkan daripada gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini.
 Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 42 hari.
Pada ketika itu berat badan hidup puyuh adalah purata 290 gram seekor.
Perlu ditekankan disini bahawa kelewatan untuk menjual puyuh akan menyebabkan puyuh mencapai umur kematangan seksual (mengeluarkan telur) dan ini akan menjejaskan kualiti daging. Lazimnya umur kematangan seksual adalah 45 hari.
Bagi sistem pemeliharaan dalam kotak kayu khas, selesai sahaja tempoh perindukan, plastik penutup atau guni hendaklah dibuka. Begitu juga dengan kepungan di reban.
Kertas alas hendaklah dibuang dan puyuh dibesarkan di atasnya. Bekas minuman masih digunakan dan ditempatkan dalam kotak manakala palung makanan hendaklah digunakan untuk pemberian makanan.
Palung makanan hendaklah digantung di sebelah luar kotak untuk kemudahan pemberian makanan. Satu petak boleh membesarkan sehingga 40 ekor puyuh pedaging.
Puyuh akan dibesarkan dalam kotak ini sehingga di proses. Palung minuman dan makanan digantung di luar kotak. Bilangan puyuh yang boleh ditempatkan didalam satu petak atau tingkat bergantung kepada ukuran kotak.

Pemakanan puyuh

Puyuh diberi makanan dari jenis Quail Starter Mash atau makanan permulaan puyuh untuk mendapatkan hasil pembesaran yang cepat.
Makanan permulaan ayam pedaging boleh digunakan sebagai ganti Quail Starter Mash.
Keadaan ini berlaku kerana syarikat pembuat makanan ternakan kurang menjual makanan puyuh pedaging kerana jumlah  yang kecil.

Kesihatan

Puyuh pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas  lain.
Penyakit-penyakit puyuh yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat pemangsa sejenis, keadaan flighty behaviour  dan pergaduhan kerana perebutan kedudukan sosial merupakan salah satu sebab utama kematian.
Puyuh juga mempunyai sifat terkejut dan 'excitability yang boleh menjejaskan prestasi.

Kursus dan latihan JPH sepanjang tahun

Bagi menghasilkan usahawan ternak berjaya, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) telah merangka beberapa latihan penternakan.
Tahun ini kursus dijadualkan di lima pusat latihan  bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada mereka yang berminat dalam bidang tersebut.
Lima pusat berkenaan ialah Institut Haiwan, Kluang, Johor; Institut Pengurusan Veterinar Jalan Cheras, Kajang, Selangor; Institut Kemajuan Ternakan Ayam, Johor Bahru, Johor; Pusat Latihan Ternakan Ayam, Ayer Keroh, Melaka dan Pusat Latihan Veterinar, Jerangau, Terengganu.
Antara kursus yang ditawarkan ialah Rancangan Perniagaan di bawah program Ekonomi dan Kewangan Veterinar serta Latihan Sangkut (Ternakan Lembu) di bawah program Pembangunan Usahawan yang diadakan di Institut Pengurusan Veterinar, Jalan Cheras, Kajang.
Kursus Rancangan Perniagaan disasarkan kepada bakal dan pembimbing usahawan yang mana antara objektifnya adalah untuk menerangkan konsep dan kandungan rancangan perniagaan.
Ia juga diadakan supaya para peserta dapat memahami serta menyediakan rancangan operasi, pemasaran, organisasi dan kewangan usaha niaga ternakan.
Setelah menjalani kursus, para peserta diharap dapat membuat analisis daya saing usaha niaga dan menggunakan perisian spreadsheet dalam penyediaan rancangan perniagaan.
Bagi tujuan itu, kandungan kursus akan menumpu kepada lima perkara utama:

1. prinsip ekonomi dan kewangan dalam penyediaan rancangan perniagaan.
2. penggunaan perisian spreadsheet dalam penyediaan rancangan perniagaan.
3. pengenalan kepada rancangan perniagaan.
4. rancangan operasi dan strategi pemasaran.
5. rancangan organisasi dan kewangan

Kursus itu akan dijalankan selama lima hari dan mereka yang berminat boleh memilih salah satu daripada tarikh berikut: 

20 Februari hingga 23 Februari atau 24 April hingga 27 April

Mengenai Latihan Sangkut (Ternakan Lembu), objektifnya adalah untuk meningkatkan pengetahuan dalam penyelenggaraan ladang ternakan lembu berteknologi tinggi.
Ia juga bertujuan mendedahkan peserta mengenai kemahiran menjalankan aktiviti-aktiviti pengeluaran ternakan lembu dengan menggunakan teknologi tinggi.
Bagi mencapai objektif tersebut, kandungan kursus akan menyentuh aspek berkaitan penerangan mengenai pengendalian operasi ladang ternakan lembu pedaging yang menggunakan teknologi tinggi.
Menerusi kursus itu juga, para peserta dilatih untuk menjalankan sendiri (hands-on) semua aktiviti ladang berkenaan.
Bagaimanapun kursus itu hanya dikhaskan kepada usahawan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta pembimbing usahawan dari Jabatan atau agensi di bawah kementerian itu.
Kursus itu akan dijalankan selama lima hari dan mereka yang berminat boleh memilih salah satu daripada tarikh berikut: 

6 Februari hingga 9 Februari, 13 Mac hingga 17 Mac, 2 Mei hingga 6 Mei atau 12 Jun hingga 16 Jun.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi pusat-pusat latihan Jabatan Perkhidmatan Haiwan berikut:

1. Institut Haiwan, Kluang
Telefon: 07-7597000
2. Institut Pengurusan Veterinar, Jalan Cheras, Kajang
Telefon: 03-87360411 atau 03-87373255
3. Institut Kemajuan Ternakan Ayam, Johor Bahru
Telefon: 07-2361313
4. Pusat Latihan Ternakan Ayam, Ayer Keroh, Melaka
Telefon: 06-2323280
5. Pusat Latihan Veterinar Jerangau, Terengganu
Telefon: 09-8384042

Tuesday 7 June 2011

Anak puyuh perlu jagaan rapi

Anak-anak puyuh yang baru berusia dua hari
ANAK-ANAK puyuh memerlukan penjagaan yang rapi bagi memastikan ia membesarkan dengan sihat dan menghasilkan daging yang berkualiti. Tempoh dua minggu pertama dianggap antara masa yang paling kritikal dalam penternakan puyuh kerana dalam tempoh ini anak-anak puyuh cukup sensitif dengan perubahan cuaca dan persekitaran. Dalam tempoh ini juga anak-anak puyuh mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan penyakit selain makan dan minuman perlu disalurkan secara teratur mengikut jadual.

Membekal puyuh daging berkualiti

Kami di Tekun Jaya Agro  merupakan antara pengeluar utama daging puyuh di daerah Padang Terap, Kuala Nerang, Kedah. Daging puyuh yang dihasilkan dijamin berkualiti dan diiktiraf oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jabatan Pertanian negeri.
Bagi mereka yang berminat kami bersedia membekalkan daging di sekitar Lembah Klang dan negeri-negeri di utara tanah air. Harga yang kami tawarkan cukup kompetitif.
Puyuh yang siap dipack sedia untuk dipasarkan.
Pack 10 ekor puyuh untuk pasaran